suci cup suci menstrual cup membaca sebagai source of comfort ketika period: rekomendasi buku oleh rm of bts

Setiap wanita mempunyai cara yang tersendiri dalam berhadapan dengan ketidakselesaan yang muncul ketika sedang period. Salah satu daripada cara yang dipilih untuk mengalih perhatian dari ketidakselesaan itu ialah dengan aktiviti membaca. Membaca membolehkan pembaca masuk ke dalam dunia yang berbeza, sama ada buku fiksyen atau pun sebaliknya. Ada sesetengah wanita memilih aktiviti membaca semasa period mungkin kerana mereka ingin bersendirian dan ada juga diantara mereka memilih untuk membaca kerana ingin menambah ilmu dan kosa kata. 

buku sebagai source of comfort semasa period: Rekomendasi buku oleh RM of BTS kim namjoon

Berbicara mengenai buku, Kim Namjoon, juga dikenali sebagai RM, adalah seorang ahli kumpulan Korea Selatan, BTS mempunyai minat yang mendalam terhadap sastera dan seringkali mengesyorkan buku kepada peminat-peminatnya. Pilihan bukunya merangkumi dari sastera klasik hingga karya-karya kontemporari yang menyentuh pelbagai topik dan emosi. Sempena ulang tahun kelahiran Namjoon pada 12 September, berikut adalah senarai buku yang direkomendasikan oleh beliau;

 

suci cup suci menstrual cup membaca sebagai source of comfort ketika period: rekomendasi buku oleh rm of bts i want to die but i want to eat tteokbokki

I Want to Die but I Want to Eat Tteokbokki, Baek Se Hee

“What matters isn’t what people say but what you like and find joy in. I hope you focus less on how you look to other people and more on fulfilling your true desires.”

“I Want to Die but I Want to Eat Tteokbokki” adalah sebuah novel oleh Baek Se Hee yang mengisahkan kehidupan watak utama, seorang wanita yang bergelut dengan kesihatan mental dan emosi. Wanita ini sentiasa rendah diri, cemas, sentiasa meragui diri sendiri tetapi dalam masa yang sama terlalu judgemental terhadap orang sekeliling. Walaupun begitu, wanita ni pandai menyembunyikan masalah tersebut dengan sangat baik samada di tempat kerja mahupun semasa keluar bersama dengan kawan. Usaha untuk menyembunyikan ini adalah sangat memenatkan dan membebankan baginya. Dalam keadaannya yang sukar dan sedang bergelut dengan isu dalaman dan kecelaruan mindanya, wanita ini tetap boleh terpanggil untuk menikmati makanan kegemarannya – tteokbokki. Novel ini berkongsi sesi pemulihan bersama pakar psikiatrinya dalam tempoh masa 12 minggu untuk membebaskan dirinya dari terkurung dalam kitaran tersebut.

 

suci cup suci menstrual cup membaca sebagai source of comfort ketika period: rekomendasi buku oleh rm of bts when breath becomes air

When Breath Becomes Air, Paul Kalanithi

“Human knowledge is never contained in one person. It grows from the relationships we create between each other and the world, and still it is never complete”

Sebuah memoir yang sangat mengharukan yang ditulis oleh Dr. Paul Kalanithi. Beliau ialah seorang ahli bedah saraf yang sangat berbakat dan bercita-cita tinggi dengan masa depan yang cerah di hadapannya. Namun, kehidupannya berubah 360 darjah ketika beliau didiagnosis menghidapi kanser paru-paru tahap akhir yang sekaligus menghancurkan cita-cita & kariernya dimana beliau ketika itu berusia 36 tahun. Dalam tempoh masa beliau menanti saat kematiannya, beliau bukan sahaja menulis memoir ini untuk menunjukkan bagaimana beliau berusaha melawan penyakit yang dihadapinya itu malahan turut berkongsi idea cara bagaimana untuk menghadapi kematian dengan terbuka dan menunjukkan maksud disebalik ayat – fully alive.  “When Breath Becomes Air” adalah sebuah buku yang ditulis dengan indah dan memikat yang mengingatkan kita untuk menghargai setiap detik kehidupan kita dan mencari makna walaupun di hadapan cabaran yang mendalam.

 

suci cup suci menstrual cup membaca sebagai source of comfort ketika period: rekomendasi buku oleh rm of bts norwegian wood

Norwegian Wood oleh Haruki Murakami

“What happens when people open their hearts? They get better.”

“Norwegian Wood” adalah sebuah novel oleh Haruki Murakami yang meneroka tema-tema cinta, kehilangan, dan kompleksiti hubungan manusia. Kisah ini mengikuti watak utama, Toru Watanabe, ketika beliau mengenang zaman pengajian di Tokyo pada tahun 1960-an. Toru terjerat dalam cinta tiga segi antara Naoko, seorang wanita muda yang rapuh dan berjuang dengan masalah kesihatan mental, dan Midori, seorang gadis yang bersemangat dan berperwatakan ceria. Novel ini menyelami perjalanan Toru ketika beliau mengharungi cabaran cinta, kematian, dan kehilangan.

 

suci cup suci menstrual cup membaca sebagai source of comfort ketika period: rekomendasi buku oleh rm of bts please look after mother

Please Look After Mother, Shin Kyung Sook

“Either a mother and daughter know each other very well, or they are strangers.”

Kisah dalam novel ini bermula ketika Sang-Ju, anak perempuan sulung dari ibu yang hilang di stesen kereta sesama dalam perjalanan dari kampung untuk ke rumah anaknya di bandar Seoul. Sang-Ju beserta adik beradik dan ayahnya memikul perasaan bersalah kerana tidak menghargai ibu semasa ibu berada didepan mata dan hanya sedar kesilapan tersebut setelah ibu itu hilang tanpa jejak. Novel ini juga menceritakan usaha ikhtiar Sang-Ju sekeluarga dalam mencari ibu mereka. Novel ini memberi peringatan tentang kepentingan keluarga dan menghargai peranan seorang ibu.

 

suci cup suci menstrual cup membaca sebagai source of comfort ketika period: rekomendasi buku oleh rm of bts little prince

Little Prince, Antoine De Saint-Exupery

“All grown-ups were once children…but only few of them remember it”

Novel oleh Antoine De Saint-Exupery ini mengisahkan tentang seorang juru terbang yang terkandas di gurun Sahara dan bertemu dengan putera dari planet yang dinamakan sebagai B-612. Mereka berdua menjalin persahabatan dan putera tersebut menceritakan tentang pengembaraan beliau mengembara dari satu planet ke planet yang lain. Semasa dalam pengembaraan tersebut, putera itu berjumpa dengan penduduk dari pelbagai tempat dan mempelajari sesuatu yang berharga tentang persahabatan, cinta, dan pencarian makna dalam kehidupan.

 

suci cup suci menstrual cup membaca sebagai source of comfort ketika period: rekomendasi buku oleh rm of bts kim jiyoung born 1984

Kim Jiyoung Born 1982, Cho Nam Ju

“While offenders were in fear of losing a small part of their privilege, the victims were running the risk of losing everything”

Novel oleh Cho Nam Ju ini membincangkan tentang ketidaksetaraan gender dalam masyarakat di Korea Selatan. Kisah ini mengikuti kehidupan Kim Jiyoung, seorang wanita biasa yang dilahirkan pada tahun 1982. Kim Jiyoung mengalami pelbagai cabaran dan diskriminasi diakibatkan oleh sistem patriarki dalam masyarakatnya, termasuklah menerima perlakuan tidak adil di tempat kerja dan semasa menguruskan urusan rumah tangga. Dia mula hilang kepercayaan pada diri sendiri dan akhirnya mengalami masalah mental dan memutuskan untuk mendapatkan rawatan. Novel ini membuka mata tentang harapan masyarakat dan perjuangan wanita dalam masyarakat patriarki di Korea Selatan.

 

suci cup suci menstrual cup membaca sebagai source of comfort ketika period: rekomendasi buku oleh rm of bts almond

Almond, Won Pyung Sohn

“Luck plays a huge part in all the unfairness of the world. Even more than you’d expect.”

“Almond” adalah sebuah novel oleh Won Pyung Sohn yang mengisahkan tentang Yunjae, seorang lelaki muda dengan keadaan yang dikenali sebagai Alexithymia – satu keadaan dimana seseorang mempunyai kepayahan untuk mengenal pasti dan menjelaskan emosi.  Keadaan ini dikaitkan dengan kekurangan perkembangan struktur subcortical yang dinamakan sebagai amygdala yang terletak di bahagian dalaman lobus temporal medial. Ia boleh menghalang seseorang daripada merasai emosi seperti takut, marah dan empati dan juga sukar untuk mengenalpasti emosi dalam diri sendiri atau orang lain. Hidup Yunjae berubah apabila beliau berjumpa dengan seorang wanita bernama Gon, yang merupakan seorang pemahat yang berbakat. Novel ini meneroka perjalanan Yunjae ketika beliau cuba memahami emosi manusia dan mencari cara untuk berhubung dengan Gon dan orang lain di sekelilingnya. Almond menawarkan pelbagai sorotan yang menyentuh hati terhadapan pengalaman manusia melalui mata seorang protagonis yang luar biasa, Yunjae

 

suci cup suci menstrual cup membaca sebagai source of comfort ketika period: rekomendasi buku oleh rm of bts white house speech on anti asian hate crime

 

Buku-buku yang direkomendasikan oleh Namjoon ini merangkumi pelbagai tema, dari cinta dan keluarga hingga isu-isu sosial dan perkembangan peribadi, menyediakan pembaca dengan perspektif yang berbeza dan pandangan yang merangsang pemikiran. Secara keseluruhannya, minat Namjoon terhadap buku mencerminkan rasa ingin tahu dan keinginannya untuk memajukan dirinya dari segi personal growth. Hasratnya terhadap sastera menambahkan impak positif kepada persona beliau sebagai seorang artis sekaligus memberi inspirasi kepada yang lain untuk meneroka world of books dan pengetahuan. Hobinya dalam membaca sedikit sebanyak dapat memikat hati peminatnya untuk turut sama-sama membaca.

 

남준아 생일 축하해요. 멋진 리더가 되어줘서 고맙고, 멋진 사람이 되어줘서 고마워요. 사랑해요.

 

끝, N

Leave a Reply

Your email address will not be published.