Hi Ladies! Hari ni kita nak bincang satu topik yang sering jadi persoalan: Bolehkah anak dara memakai menstrual cup, terutamanya Suci Menstrual Cup? Jom kita kupas dengan lebih mendalam dan santai.

Bolehkah Anak Dara Memakai Suci Menstrual Cup?

Apa Itu Menstrual Cup?

Sebelum kita lanjut, mari kita faham dulu apa sebenarnya menstrual cup ni. Menstrual cup merupakan alternatif kepada pad & tampon. Ia adalah satu alat yang diperbuat daripada 100% silikon gred perubatan yang digunakan untuk menampung darah haid. Ia berbentuk seperti cawan kecil dan dimasukkan ke dalam faraj. Berbeza dengan tuala wanita atau tampon, menstrual cup boleh digunakan semula dan bertahan sehingga 10 tahun jika dijaga dengan rapi dan baik. Selain daripada sifatnya yang mesra alam, ia juga boleh menjimatkan kos dalam jangka masa panjang.

 

Bolehkah Anak Dara Memakainya?

Ramai yang tertanya-tanya, “Bolehkah anak dara memakai menstrual cup?” Jawapannya ialah, ya, boleh! Tiada sebarang halangan untuk anak dara menggunakan menstrual cup. Yang penting, pengguna harus berasa selesa dan yakin dengan pilihan mereka. 

Menstrual cup seperti Suci Menstrual Cup direka untuk memberi keselesaan dan perlindungan sepanjang hari. Walaupun konsep memasukkan sesuatu ke dalam faraj mungkin agak menggelisahkan pada mulanya, ramai yang mendapati ia lebih selesa dan praktikal selepas cuba beberapa kali. 

 

Bolehkah Anak Dara Memakai Suci Menstrual Cup?

Status Kedaraan dan Menstrual Cup

Satu lagi persoalan yang sering timbul ialah mengenai status kedaraan. Ramai yang risau penggunaan menstrual cup akan menjejaskan selaput dara (hymen) mereka. Penting untuk difahami bahawa selaput dara boleh berbeza dari seorang ke seorang. Ada yang mempunyai selaput dara yang lebih fleksibel, dan ada yang mungkin lebih nipis dan mudah terkoyak bukan sahaja kerana menstrual cup, tetapi juga kerana aktiviti fizikal lain seperti berbasikal atau bersukan.

‘Dara’ ialah istilah yang digunapakai oleh masyarakat umum bagi anak perempuan yang belum berkahwin dan belum pernah disentuh lelaki. Keadaan ini merujuk kepada wanita yang telah hilang/koyak selaput dara pada kemaluannya disebabkan persetubuhan.

Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor (No. Daftar 141/2021), pihak tersebut ada memberi rujukan berasaskan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, dimana tafsiran anak dara ertinya apabila seorang perempuan yang belum pernah bersetubuh, sama ada sudah berkahwin atau belum. Justeru, bagi wanita yang belum berkahwin atau bersetubuh adalah dara sebagaimana maksud dalam enakmen tersebut.

Jadi, sekiranya seorang wanita itu bersukan, melakukan aktiviti lasak, memakai menstrual cup atau segala macam aktiviti yang lain sehingga menyebabkan selaput dara hilang tidaklah akan menjejaskan status dara.

Walau bagaimanapun, jika anda merasa ragu-ragu atau tidak selesa, adalah baik untuk berbincang dengan doktor atau pakar kesihatan terlebih dahulu.

 

Kelebihan Menggunakan Suci Menstrual Cup

Selain daripada isu kedaraan, penting juga untuk kita lihat kelebihan menggunakan menstrual cup:

  1. Penjimatan: Menstrual cup boleh digunakan semula selama 10 tahun lamanya, menjimatkan perbelanjaan dalam jangka panjang. Cuba teka berapa duit yang diperuntukkan dalam masa 10 tahun untuk membeli pad (Overnight, Maxi & Pantyliner)
  2. Mesra Alam: Mengurangkan sampah yang dihasilkan oleh tuala wanita dan tampon.
  3. Keselesaan: Banyak pengguna mendapati menstrual cup lebih selesa dan kurang mengganggu aktiviti harian mereka.
  4. Kebersihan: Menstrual cup tidak menyebabkan bau yang tidak menyenangkan seperti tuala wanita yang terdedah kepada udara.

Bolehkah Anak Dara Memakai Suci Menstrual Cup?

Anak dara boleh memakai Suci Menstrual Cup tanpa masalah. Yang penting adalah memastikan diri selesa dan yakin dengan penggunaannya. Menstrual cup bukan sahaja mesra alam dan jimat, tetapi juga boleh memberi keselesaan yang lebih baik berbanding dengan pilihan lain. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, jangan segan untuk berbincang dengan pakar kesihatan.

 

Selamat mencuba dan semoga hari-hari haid anda lebih mudah dan selesa!

 

Dengan kasih sayang,

끝, N

Leave a Reply

Your email address will not be published.