Sebelum ini, pernah kami kupaskan mengenai pemakaian Suci Cup semasa seseorang wanita itu sedang mengalami keputihan. Dan kami juga turut menerima maklum balas yang banyak dan timbul soalan seperti dibawah bagi wanita yang beragama islam;
SAH KE SOLAT KALAU PAKAI SUCI CUP SEMASA KEPUTIHAN?
Jadi, pada episod kali ini, kami akan kupaskan mengenai isu solat ketika memakai Suci Cup semasa dalam istihadah atau keputihan.
Haid, Istihadah & Keputihan
Imam al-Khatib al-Syirbini mendefinisikan haid seperti berikut:
دم جبلة أي تقتضيه الطباع السليمة يخرج من اقصى رحم المراة بعد بلوغها على سبيل الصحة من غير سبب في أوقات معلومة
Maksudnya: Darah semula jadi sebagai kejadian normal yang keluar daripada pangkal rahim seorang wanita yang telah baligh dalam keadaan sihat tanpa sebab-sebab tertentu dan pada waktu-waktu yang diketahui.
(Lihat: Mughni al-Muhtaj, 1/277)
Haid merupakan tanda baligh yang semulajadi bagi seseorang wanita. Ianya bermula dalam lingkungan umur sembilan tahun ke atas dan berakhir dengan Iyas (putus haid). Haid dari segi bahasa ialah (السيلان) yang memberi makna mengalir. Manakala dari segi syarak pula ialah darah semulajadi yang keluar daripada kemaluan wanita ketika badannya dalam keadaan sihat dalam tempoh-tempoh yang tertentu. Darah haid ialah darah yang normal bagi seorang wanita kalau ia keluar ikut tempohnya.
Jadi apa pula yang dimaksudkan dengan darah istihadah? Di dalam mazhab Syafie tempoh minimum bagi haid adalah sehari semalam (24 jam). Manakala tempoh maksimum bagi haid adalah selama 15 hari. Jika darah yang keluar selepas daripada itu, maka ia dihukum sebagai darah istihadah atau darah yang berpenyakit. Apabila seseorang menyedari bahawa darah yang keluar bukan lagi darah haid tetapi darah istihadah, ia hendaklah mandi wajib dan mengerjakan solat sebagaimana wanita yang suci. Ia juga tidak wajib menggantikan semula solat yang telah ditinggalkan pada tempoh itu.
Manakala, keputihan atau nama saintifiknya Flour Albus atau Leukore adalah satu kondisi yang terjadi hanya kepada seorang wanita dimana cecair yang berwarna putih atau sedikit kekuningan keluar daripada bahagian faraj (vagina).
Cara untuk menunaikan solat jika menggunakan Suci Cup
Team Suci ada tujukan kemusykilan ini kepada pihak Mufti dan berikut ialah maklum balas yang diterima (No. Daftar Soalan : 93/2021):
Penggunaan menstrual cup bagi wanita yang istihadah dianggap sebagai menanggung najis (darah istihadah). Justeru, ia hendaklah dicuci sebelum berwuduk bagi menunaikan setiap kali solat fardhu, satu wuduk untuk satu solat fardhu, adapun solat sunat boleh berbilang-bilang. Justeru, membersihkan diri termasuk dalam syarat sah solat. Walaupun ia bukan darah haid, tetapi hendaklah seorang wanita membersihkan diri (badan) dan pakaian setiap kali hendak menunaikan solat.
Bagaimana nak jaga Suci Cup semasa Istihadah atau Keputihan?
Islam itu indah. Dan islam juga mengajar kita untuk sentiasa menjaga kebersihan. Cara-cara untuk menjaga Suci Cup semasa sedang dalam Istihadah dan keputihan adalah seperti berikut;
-
-
-
- Setiap kali masuk waktu solat, pastikan Suci Cup dicuci dan dipakai kembali sebelum mengambil wuduk dan solat.
- Keluarkan Suci Cup semasa sedang mandi, bersihkan dan masukkan semula
- Apabila telah sampai hari ke-7 menggunakan Suci Cup bagi tujuan istihadah atau keputihan, sila pastikan ia di steriliz *Suci Wash juga boleh digunakan sebelum proses sterilize.
- Sekiranya Suci Cup ada mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, disarankan supaya Suci Cup dijemur di bawah sinaran matahari (bukan direct) selama 1 jam selepas di sterilize.
-
-
Secara kesimpulanya, Suci Cup bukan sahaja boleh dipakai ketika kita datang bulan, tetapi boleh juga digunakan untuk ketika dalam istihadah dan juga keputihan. Penjagaan yang rapi penting dalam memastikan Suci Cup boleh digunakan selama 10 tahun dan selamat.
Till then, 끝 – N –
bolehkah remaja islam memakai suci cup sebelum berkahwin atau melakukan hubungan sexual?
Hi Syazana,
Jawapan nya boleh, selagi mana you boleh buat keputusan sendiri. Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor (No. Daftar 141/2021), pihak tersebut ada memberi rujukan berasaskan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, dimana tafsiran anak dara ertinya apabila seorang perempuan yang belum pernah bersetubuh, sama ada sudah berkahwin atau belum. Justeru, bagi wanita yang belum berkahwin atau bersetubuh adalah dara sebagaimana maksud dalam enakmen tersebut.
Jadi disini, adakah seseorang gadis yang belum pernah berkahwin boleh memakai Suci Cup adalah boleh kerana Suci Cup hanya lah alat yang membantu you untuk menguruskan period you. Harap jawapan kami jelas 🙂
Kalau pakai menstrual cup atas sbb keputihan, perlu ke mandi wajib? Atau hanya perlu bersihkan menstrual cup & pakai semula, kemudian terus berwudhuk?
Hi Cik Asyikin,
Terima kasih diatas soalan yg cik berikan. Berikut ialah penerangannya ya:
1. Sekiranya kita menggunakan Suci Menstrual Cup untuk keputihan, tak perlu untuk kita mandi wajib kerana ia hanya alat untuk menguruskan keputihan, sama seperti pantyliner.
2. Menurut Mufti Wilayah, apabila kita ingin solat, memandangkan kita di Malaysia dan mudah untuk mendapatkan akses air bersih, cik perlu mengeluarkan cup > membersihkan cup > memasukkan ia kembali > membersihkan diri > mengambil wuduk > solat. Proses ini perlu dilakukan untuk setiap waktu solat fardu.
Namun, sekiranya cik menunaikan umrah, cik boleh mengunapakai mazhab disana dimana selagi mana keputihan cik tidak melimpah mengenai panties, wuduk cik sah dan cik boleh menunaikan solat fardhu & sunat tanpa ragu-ragu.
Harap jawapan saya jelas dan mudah difahami. 🙂