Misi Bantuan Agihan Suci Menstrual Cup

KEMISKINAN HAID merupakan terjemahan terma “period poverty” yang merujuk kepada kekangan dalam menguruskan haid yang banyak berkaitan dengan aspek kemiskinan. Ia berlaku apabila wanita atau kanak-kanak perempuan tidak mendapat menguruskan haid dengan keadaan yang selamat, bersih, dan bermaruah.

Suci Team yang sebelum ni pernah menerima jemputan temuramah bertulis bersama Dr Fatimah Al-Attas sempena Menstrual Hygiene Day 2021, berhasrat untuk meneruskan perjuangan dalam menangani isu kemiskinan haid. Langkah pertama adalah melalui Misi Bantuan Agihan Suci Menstrual Cup dengan bekerjasama dengan team Impactive Malaysia dengan matlamat yang sama bertujuan untuk menyebarkan maklumat yang berkaitan dengan pengurusan haid  dan memperkenalkan Suci Cup.

#SuciCares

isu kemiskinan haid : Para ibu rela memilih untuk mengandung kerana dalam tempoh sembilan bulan itu mereka mereka tidak perlu membeli tuala wanita. suci cup
isu kemiskinan haid : Salah satu rumah milik komuniti lokal yang stateless di Semporna, Sabah yang telah ditenggelami air kerana infrastrukturnya yang uzur suci cup impactive malaysia
isu kemiskinan haid : Ada diantara wanita ini yang membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan dunia luar ketika haid kerana tidak mampu untuk membeli tuala wanita

“”Di sana, mereka tidak mampu untuk uruskan period dan ada yang sanggup mengandung selama 9 bulan supaya tidak perlu urus period.” – Team Impactive Malaysia

Lokasi : Perkampungan Atas Air, Semporna, Sabah

Tarikh : 18 – 21 Oktober 2022

Berhasrat untuk membantu? Hadiahkan Suci Menstrual Cup kepada mereka yang benar-benar memerlukan dengan melalui sumbangan wang ringgit. Hasil kutipan 100% akan disalurkan kepada Impactive Malaysia untuk tujuan Misi Bantuan Agihan Suci Menstrual Cup dan misi-misi lain dibawah Misi Kemanusian Semporna.

Jom Donate!
isu kemiskinan haid perkampungan atasa air derma sekarang kemiskinan haid period poverty sabah malaysia
perkampungan atas air semporna sabah, isu kemiskinan haid impective malaysia suci menstrual cup
kemiskinan haid, period poverty impective malaysia cara penyelesaian derma period selamat