6 sebab kenapa suci menstrual cup anda bocor

Menstrual Cup atau cawan haid adalah satu-satunya produk alternatif untuk pengurusan kitaran haid yang mampan dalam kehidupan seharian wanita pada masa kini. Semakin ramai wanita bertukar daripada menggunakan tuala wanita dan tampon kepada Menstrual Cup kerana ciri-cirinya yang lebih mudah, cekap dan mesra alam.

Walaubagaimanapun, kadangkala ada hari-harinya dimana para wanita akan berdepan dengan beberapa kesulitan ketika menggunakan Menstrual Cup ini, misalnya apabila kebocoran berlaku.

Jangan bimbang, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Berikut adalah antara penyebab-penyebab mengapa kebocoran Menstrual Cup berlaku serta langkah-langkah penyelesaiannya yang mudah!


SEBAB SUCI CUP BOCOR #1 – Suci Cup Tidak Terbuka sepenuhnya.

suci cup tidak terbuka sepenuhnya

Apabila cup dimasukkan, kadangkala ia tidak terbuka sepenuhnya ke dinding faraj menyebabkan berlakunya kebocoran.

Penyelesaiannya: Setelah cup berada ditempatnya, dengan menggunakan jari anda, periksa di garisan permukaan cup tersebut. Garisan permukaan yang sempurna sepatutnya terasa kedap dan rata.

Sekiranya tidak, anda boleh cuba untuk memasukkan kembali cup menggunakan cara lipatan ke dalam. Cara lipatan ini lebih memudahkan cup untuk terbuka di dinding faraj.


SEBAB SUCI CUP BOCOR #2 – Suci Cup Telah Pun Penuh.

suci cup telah pun penuh

Sekiranya anda mempunyai kitaran darah haid yang banyak terutamanya pada kitaran hari pertama dan kedua, kemungkinan kapasiti cup telah pun penuh, menyebabkan berlakunya kebocoran.

Penyelesaiannya: Kenalpasti pola kitaran haid anda untuk menentukan tempoh masa cup perlu dikeluarkan untuk proses pembersihan dan pemakaian semula. Catatkan tempoh tamat masa pemakaian sekiranya perlu.

 


SEBAB SUCI CUP BOCOR #3 – Suci Cup Berada Dikedudukan Yang Tidak Tepat/Salah.

suci cup berada dikedudukan yang tidak tepat/salah

Apabila cup anda tidak berada dalam kedudukannya yang tepat, darah haid yang sepatutnya turun mengalir ke dalam cup tanpa sengaja akan tertumpah melalui sisi dinding faraj, mengakibatkan kebocoran.

Penyelesaiannya: Dengan menggunakan jari, periksa kedudukan lingkaran cup dan pastikan ia berada dalam kedudukan di bawah serviks, bukan di sisi serviks. Sekiranya perlu, keluarkan cup dan masukkan kembali kepada kedudukannya yang tepat.

 

 


SEBAB SUCI CUP BOCOR #4 – Pemilihan Saiz Suzi Menstrual Cup Yang Tidak Sesuai.

pemilihan suci menstrual cup yang tidak sesuai

Sekiranya anda terus kerap mengalami kebocoran walaupun anda telah mencuba jalan penyelesaian  seperti di atas serta anda terus merasakan tekanan di bahagian pelvis, berkemungkinan besar saiz cup yang anda gunakan saamada terlalu besar atau terlalu kecil untuk anda.

Penyelesaiannya: Dapatkan saiz Menstrual Cup yang bersesuaian dengan anda. Walaubagaimanapun, sekiranya anda menggunakan saiz Cup A dan masih merasakan tekanan dan kesakitan di bahagian pelvis, saiz ini mungkin terlalu besar atau tinggi untuk anda. Kami menyarankan untuk mencari cup yang lebih tepat untuk bukaan serviks yang rendah. Sila tekan link ini untuk mengetahui saiz yang bersesuaian.


SEBAB SUCI CUP BOCOR #5 – Otot Faraj Terlalu Kuat Untuk Suci Menstrual Cup.

otot faraj terlalu kuat untuk suci menstrual cup

Apabila otot lantai pelvis anda terlalu kuat, cengkaman otot ini akan menyebabkan lingkaran cup yang menutup rapat dinding faraj terkoyak, seterusnya mengakibatkan darah haid melimpah dan bocor.

Penyelesaiannya: Sama seperti penyelesaian masalah saiz cup yang tidak sesuai, kami menyarankan untuk mencari cup yang diperbuat menggunakan bahan buatan yang lebih padu supaya ia lebih tahan lasak dan sesuai dengan kekuatan otot.

 

 


SEBAB SUCI CUP BOCOR #6 – Suci Menstrual Cup Telah Hilang Keanjalan.

suci menstrual cup telah hilang keanjalan

Walaupun Menstrual Cup mempunyai jangka hayat yang lama dan boleh dipakai ulang, bentuk dan keanjalan cup anda mungkin terjejas disebabkan kekerapan pendedahan terus kepada suhu yang tinggi, amalan kebersihan yang keterlaluan atau kerosakan disebabkan objek-objek tajam.

Penyelesaiannya: Hanya ada satu jalan penyelesaian untuk Menstrual Cup yang mempunyai kerosakan seperti ini. Beli lah cup yang baru.

 


 

Diharap artikel ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat dan jalan penyelesaian yang anda cari. Jalani hidup anda sebagai wanita dengan lebih keyakinan bersama Suci Menstrual Cup! Untuk mendapatkan input dalam Bahasa Inggeris mengenai info diatas, anda boleh tekan pautan ini

 

Artikel ditulis oleh : Muzira Abdul Rahman

Muzira kini menetap di Muscat, Oman bersama-sama suami serta 2 orang anak. Graduan Universiti LimKokWing dalam bidang Reka Bentuk Grafik dengan pengkhususan Pengiklanan, juga mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang komunikasi korporat, penulisan dan pengurusan acara. Seorang pengemar kopi, buku dan muzik, beliau juga suka berbasikal pada masa lapang. 

Muzira menyimpan hasrat untuk mengusahakan kedai kopinya sendiri yang juga akan mempamerkan seni dan puisi tempatan. Beliau jengkel apabila berhadapan dengan orang-orang yang tidak sopan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.