Assalamualaikum Suci Sister! Ramadan kembali lagi, bulan penuh rahmat dan keberkatan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Di tengah-tengah kesibukan berpuasa, penting untuk kita kekal proaktif dan produktif. Jangan risau, kami ada 5 tips santai untuk kongsikan dengan anda supaya anda boleh menghadapi bulan Ramadan dengan penuh keyakinan dan semangat!
-
Jangan Tinggal Sahur
Sahur adalah makanan penting sebelum memulakan puasa. Jadi, pastikan anda bangun awal untuk menikmati hidangan sahur yang menyelerakan. Jangan terlalu malas untuk bangun, kerana sahur memberi tenaga untuk kita berpuasa sepanjang hari. Sesungguhnya di dalam waktu sahur itu ada keberkatan.
Daripada Anas RA, beliau berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua bersahur, sesungguhnya dengan bersahur itu ada keberkatan.”
-
Qailullah (Tidur Tengahari/Nap)
Salah satu nikmat Ramadan adalah qailullah, tidur tengahari selepas menunaikan solat Zohor. Manfaatkanlah waktu ini untuk berehat sebentar dan menyegarkan minda dan badan. Sebaik-baiknya, jangan tidur terlalu lama supaya tidak terlepas ibadah yang lain!
-
Jadual Khas Sepanjang Ramadan
Buatlah jadual khas untuk diri sendiri sepanjang bulan Ramadan. Isinya, penuhkan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti membaca Al-Quran, berzikir, membantu orang lain, solat terawikh & solat sunat yang lain. Sempatkan juga masa untuk meraikan anak yatim dan mereka yang memerlukan. Ingatlah, Ramadan bukan sekadar berpuasa, tetapi juga berkongsi kasih sayang!
-
Berbuka Gaya Rasulullah
Rasulullah SAW mengajar kita untuk bersederhana dalam segala sesuatu, termasuklah ketika berbuka. Jadi, janganlah terlalu mewah dalam memilih hidangan berbuka. Cukuplah dengan makanan yang mencukupi untuk mengisi perut dan memulihkan tenaga. Ingatlah, berbuka itu nikmat, bukan kemewahan!
Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda,”Apabila diantara kalian berpuasa, maka berbukalah dengan kurma, jika tiada kurma, maka berbukalah dengan air, sebab air itu suci”. – Hadis, Imam Abu Daud, Al-Baihaqi dan Al-Hakim
-
Manfaatkan Masa Selepas Bersahur
Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan masa selepas sahur. Otak dan badan masih segar dan aktif. Gunakanlah waktu ini untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat seperti menyiapkan kerja disiang hari, membersihkan rumah, membaca buku, melakukan senaman ringan, atau merancang tindakan untuk hari tersebut. Setiap detik berharga, jadi jangan sia-siakan!
Itulah 5 tips dari kami untuk anda kekal proaktif ketika berpuasa. Semoga tips ini membantu anda menghadapi Ramadan dengan penuh semangat dan keberkatan. Selamat menjalani ibadah puasa! Jangan lupa untuk berkongsi tips ini dengan keluarga dan sahabat-sahabat anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami!
끝,N