Mengapa Darah Haid Berbau?
Setiap wanita merasai pengalaman dan keadaan kitaran haid yang berbeza-beza. Antara isu yang yang terjadi apabila seseorang wanita datang haid adalah badan berbau seperti darah.
Seperti yang kita ketahui, darah haid terjadi hasil daripada proses unik luruhnya dinding uterus yang menebal untuk proses persenyawaan ovum yang dilepaskan ovari pada waktu subur untuk disenyawakan apabila sperma sampai ke uterus. Namun, apabila ovum tidak disenyawakan pada waktu tertentu, tisu dinding uterus ini akan luruh bersama-sama darah melalui serviks dan keluar di saluran faraj sebagai darah haid.
Bau darah haid yang normal.
Umumnya, bau darah haid adalah sesuatu yang normal. Bau darah haid yang ¨sihat¨ adalah seperti campuran bau darah dan logam (disebabkan oleh zat besi dan bakteria sihat apabila ia keluar melalui faraj). Biasanya, bau ini tidak akan dapat dihidu orang lain selain diri anda sendiri.
Darah haid yang berbau hanyir.
Darah haid yang berbau hanyir ataupun ¨fishy smell¨ biasanya menandakan terdapatnya jangkitan. Sekiranya bau darah haid anda hanyir dan anda mengalami simptom-simptom yang berikut pada masa yang sama, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar perubatan:
- Cecair faraj bertukar warna kekuningan atau kehijauan
- Jumlah darah haid adalah lebih daripada kebiasaan
- Rasa sakit di bahagian perut dan pelvis
- Senggugut yang lebih sakit daripada kebiasaan
- Demam
- Sakit apabila membuang air kecil
- Kesakitan dan kegatalan serta cecair faraj yang keluar lebih dari kebiasaan.
Amalan penjagaan kebersihan apabila datangnya kitaran haid.
Darah haid yang berbau selalunya terjadi kerana penjagaan kebersihan yang tidak baik.
Apabila bau darah haid berbau seperti bau peluh, bau seperti bebawang dan garam dan berbau hamis,
kemungkinan besar ia adalah disebabkan oleh amalan penjagaan kebersihan kitaran haid yang buruk.
Ia juga berkemungkinan besar berpunca daripada pemakaian tuala wanita dan tampon yang terlalu lama.
Bau ini boleh diatasi dengan mengamalkan penjagaan kebersihan yang teratur, Bagi pengguna Suci Cup, yang lebih dikenali sebagai Suci Sister, pastikan Suci Cup dibersihkan setiap 3-4 jam pada kitaran haid hari pertama dan kedua. Manakala bagi pengguna tuala wanita atau tampon anda perlu menukar mengikut kekerapan yang sepatutnya.
Rawatan Bau Darah Haid Yang Perlu Dielakkan.
Dalam menjaga kebersihan apabila datangnya haid, hati-hati dalam memilih produk-produk wanita di pasaran. Produk-produk wanita seperti tuala wanita, tampon dan produk pembersih wanita yang mempunyai pewangi adalah tidak digalakkan kerana bahan kimia yang terdapat di dalamnya akan menjejaskan bakteria sihat di faraj dan seterusnya akan memudahkan lagi jangkitan.
Amalan ¨douching¨ atau menyemburcuci faraj juga adalah sama sekali memudaratkan.
Diharap artikel ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat dan jalan penyelesaian yang anda cari. Jalani hidup anda sebagai wanita dengan lebih keyakinan Bersama Suci Menstrual Cup!
Artikel ditulis oleh : Muzira Abdul Rahman
Muzira kini menetap di Muscat, Oman bersama-sama suami serta 2 orang anak. Graduan Universiti LimKokWing dalam bidang Reka Bentuk Grafik dengan pengkhususan Pengiklanan, juga mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang komunikasi korporat, penulisan dan pengurusan acara. Seorang pengemar kopi, buku dan muzik, beliau juga suka berbasikal pada masa lapang.
Muzira menyimpan hasrat untuk mengusahakan kedai kopinya sendiri yang juga akan mempamerkan seni dan puisi tempatan. Beliau jengkel apabila berhadapan dengan orang-orang yang tidak sopan.