Selaput Dara atau Hymen: Mitos, Fakta dan jawapan kepada ‘anak dara boleh pakai menstrual cup?’
Selaput dara, juga dikenali sebagai hymen, ialah satu subjek yang kontroversi dan banyak menimbulan kekeliruan dalam budaya dan masyarakat kita. Banyak mitos dan kesalahfahaman mengenai selaput dara, terutamanya bila berkaitan dengan keperawanan atau sebagai indikator ‘anak dara’, dan juga penggunaan produk pengurusan period yang perlu dimasukkan ke ruang vagina seperti menstrual cup. Jom kita cuba faham apa itu selaput dara dari segi saintifik, fungsinya, serta juga menjawab FAQ ‘adakah anak dara boleh memakai menstrual cup?’.
Apa itu Selaput Dara atau Hymen?
Jika anda bukan seorang ahli dalam bidang perubatan, mungkin anda membayangkan selaput dara ni seperti cling film yang menutup keseluruhan bukaan vagina dan hanya akan ‘dipecahkan’ semasa hubungan seksual pertama, lalu menghasilkan titisan darah yang dilihat sebagai indikator keperawanan seorang wanita. Ini TIDAK BENAR dan mitos yang boleh menimbulkan konflik. Terdapat banyak kes wanita yang difitnah sebagai bukan ‘anak dara’ kerana tidak ‘berdarah’ pada malam pertama dan melarat menjadi alasan kelakuan keganasan rumahtangga. Isu seperti ini dapat dielakkan jika orang ramai lebih sedar tentang anatomi selaput dara itu sendiri.
Selaput dara adalah lapisan membran nipis yang biasanya menutupi sebahagian atau seluruh (sangat-sangat jarang!) bukaan vagina wanita. Saiz, bentuk dan ketebalan selaput dara berbeza-beza bagi setiap wanita, malahan mungkin boleh berubah mengikut umur dan juga tahap aktiviti fizikal seseorang. Sewaktu bayi, selaput tersebut lebih tebal, tetapi ia akan menipis dan kurang elastik disebabkan hormon, aktiviti fizikal seperti bersukan, memasukkan tampon atau menstrual cup dan hubungan seksual.
Secara pendeknya, selaput dara normal ialah tisu berwarna kulit yang lembut dan stretchy yang mungkin boleh dilihat dengan mata kasar, depending on it’s shape. Antara contoh bentuk selaput dara ialah:
Secara pendeknya, selaput dara normal ialah tisu berwarna kulit yang lembut dan stretchy yang mungkin boleh dilihat dengan mata kasar, depending on it’s shape. Antara contoh bentuk selaput dara ialah:
Bahagian berwarna kelabu ialah bukaan vagina dan bahagian keliling berwarna putih ialah selaput dara. Sumber: wikipedia
Kebanyakan wanita mempunyai selaput dara yang secara semulajadinya mempunyai lubang supaya darah haid dapat keluar dengan sempurna. Namun begitu, terdapat 0.5% wanita yang dilahirkan dengan imperforate hymen di mana selaput dara menutupi seluruh bukaan vagina dan block darah period daripada keluar dari vagina dan tampon atau menstrual cup daripada masuk ke vagina.Dalam kes yang sangat jarang berlaku ini, pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan selaput dara berkenaan kerana menjejaskan kesihatan seseorang.
Fungsi Selaput Dara:
Fungsi selaput dara masih menjadi perdebatan di kalangan pakar. Beberapa teori mengusulkan bahawa selaput dara mungkin berfungsi sebagai perlindungan saluran vagina daripada jangkitan kuman sewaktu kanak-kanak, sementara teori lain mengatakan bahawa selaput dara tiada fungsi khusus dan sekadar merupakan sisa embrio yang berkembang di peringkat awal conception.
Anak dara boleh pakai menstrual cup ke?
Menstrual cup atau cawan haid ialah satu produk alternatif yang popular kepada tuala wanita dan tampon disposable. Contohnya, Suci Cup ialah cawan haid yang diperbuat daripada 100% medical grade silicone lembut dan fleksibel, dan dimasukkan ke dalam vagina untuk menakung darah haid.
Ramai yang mahu tahu sama ada wanita yang belum berkahwin boleh pakai menstrual cup ke? Jika mahukan keterangan dari segi agama atau sosial, boleh baca dengan lebih lanjut di artikel ini. Di sini, jom kita belajar dari segi anatomi dan fisiologi badan wanita tentang sama ada menstrual cup boleh memberi kesan kepada selaput dara.
Seperti yang diterangkan di atas, lama-kelamaan, selaput dara akan menipis dan kurang elastik disebabkan hormon dan aktiviti fizikal harian. Maksudnya, selaput dara boleh meregang atau koyak (small tears) ketika aktiviti fizikal berat dan ujian pap smear. Penggunaan produk seperti tampon dan menstrual cup juga mungkin boleh menyumbang kepada penipisan selaput dara over time, tetapi ini tidak memberi kesan buruk kepada fungsi organ reproduktif wanita. INGAT – konsep ‘anak dara’ merujuk kepada sama ada seseorang telah mengadakan hubungan seksual atau tidak, BUKAN berkaitan dengan produk period yang dipilih.
BONUS: Satu penerangan yang baik tentang selaput dara oleh Dr. Jen Gunter boleh ditonton di sini.
Kesimpulan:
Selaput dara atau hymen ialah lapisan tisu elastik di bukaan vagina yang fungsinya masih tidak diketahui dengan pasti. Tisu lembut dan stretchy ini boleh meregang akibat hormon dan juga aktiviti lasak. Penggunaan menstrual cup seperti Suci Cup juga boleh menipiskan tisu ini, tetapi tidak memberi kesan fizikal negatif berlanjutan kepada fungsi organ reproduktif. Anak dara atau yang belum berkahwin pun boleh memakai menstrual cup – just make sure basuh tangan dan gunakan tips & tricks untuk mengalami period yang tak rasa macam period setiap bulan.