September ni, jom kita #belajarwithsuci dan selamatkan nyawa!

Bagi rakyat Malaysia yang bukan merupakan pesakit atau mempunyai keluarga atau rakan yang menghidap kanser atau barah, mungkin ramai (specifically generasi saya yang dilahirkan tahun 1980-an)

kanser paru paru, kanser mulut, kanser tekak bahaya rokok kempen anti merokok

yang mendapat pengenalan awal mengenai kanser melalui kempen anti-merokok yang giat dilakukan pada tahun 1990-2000an – visual kanser tekak, kanser mulut dan kanser peparu bukan visual yang mudah dilupakan! Bagi keluarga saya, kempen ini sangat berjaya sebab, even to this day, masih ada rasa ngeri nak tengok kotak rokok yang dihiasi imej-imej berkenaan!

 

fakta kanser payudara barah payudara statistik menghidap kanser

Bila menginjak awal 2000an pula, kita didedahkan kepada maklumt tentang kanser payudara yang disebarkan melalui kempen reben pink. Walaupun terdapat stigma bercakap tentang payudara kerana taboo seksual masih kuat, sedikit demi sedikit, imej reben pink comel dan feminin yang digunakan dalam easy-to-follow campaigns seperti larian dan kayuhan beramai-ramai dan juga easy-access online content membantu rakyat Malaysia membuka mata terhadap pentingnya langkah pencegahan awal seperti pemeriksaan payudara kendiri. 

 

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Ginekologi September ini, Team Suci tergerak untuk berkongsi content tentang 5 kanser wanita yang tidak selalu diperkatakan – kanser vulva, vagina, endometrium, serviks/pangkal rahim dan ovari. Since kempen-kempen kesedaran kanser terbukti berkesan menggalakkan rakyat Malaysia lebihsuci menstrual cup - sistem reproduktif wanita. women reproductive system sistem pembiakan wanita curious dan proaktif untuk belajar mengenali simptom dan cara pencegahan, Team Suci dengan kerjasama beberapa doktor pakar telah menghasilkan material bagi Kempen Kesedaran Kanser Ginekologi. Semoga video-video pendek yang padat dengan ilmu ini dapat disebarkan seluas mungkin supaya lebih ramai wanita Malaysia peka akan simptom kanser dan terus mendapatkan ujian saringan jika perlu. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Maiza, Dr. Elyana, Dr, Fatin dan Dr. Shazwani kerana sudi meluangkan masa berkongsi ilmu dengan kita semua. 

 

Kami juga sangat berbesar hati atas peluang ‘sharing session’ bersama wakil daripada Majls Kanser Nasional iaitu En. Nu’man, sukarelawan bersama MAKNA, dan juga Pn. Azura, a cancer survivor berjiwa besi! Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul – kadang-kadang rasa tak tahu apa cara terbaik untuk membantu atau menyokong pesakit dan family kan? Kami benar-benar hargai pengalaman dan tips yang dikongsikan En. Nu’man dan Pn. Azura when positively supporting cancer patients, survivors dan juga keluarga mereka. 

Team Suci berharap penerangan, perkongsian dan tips yang kami compile dapat sedikit-sebanyak menambah ilmu di dada rakyat Malaysia untuk lebih cakna tentang Kanser Ginekologi. Anda boleh menonton semua video di YouTube channel Suci Cup dan juga di platform sosial Suci Cup i.e. Instagram, Facebook dan TikTok. 

 

Jangan lupa mengambil vaksin HPV dan buat ujian Pap Smear mengikut jadual. Sentiasa awasi simptom abnormal dan terus berjumpa doktor jika terdapat tanda-tanda ganjil seperti period berlebihan, sakit abdomen berlarutan dan sebagainya.

 

Ingat! Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.

 

#SuciSayangKamu

Leave a Reply

Your email address will not be published.