Perasan tak, dekat panties you macam ada kesan kena luntur (bleach)?
#You’re not alone, gorgeous!
Tahukah anda bahawasanya faraj kita sebenarnya boleh melunturkan warna panties kita.
APAAA? – Ya betul, ini ialah realiti yang kita perlu terima dan buat penggemar panties berwarna gelap, ada berita baik untuk you dan kami ada solusinya. Jadi, teruskan membaca ya. 🙂
Apa Itu Keputihan?
Vaginal discharge atau keputihan seperti semua tahu, bukanlah sesuatu yang asing untuk wanita. Jadi, apa itu keputihan? Keputihan atau nama saintifiknya Leucorrhoea atau Fluor Albus atau Leukorrhea Vaginal Discharge adalah satu kondisi yang terjadi hanya kepada seorang wanita dimana cecair yang berwarna putih atau sedikit kekuningan keluar daripada bahagian faraj (vagina).
Terdapat pelbagai bakteria semulajadi yang terdapat pada bahagian faraj wanita. Antaranya bakteria yang baik dikenali sebagai Lactobacillus. Lactobacillus ialah sumber utama asid lactic yang mengekalkan pH dibahagian vagina antara 3.5 ke 4.5 dalam persekitaran keasidan. Tambahan pula, berdasarkan penerangan daripada seorang konsultan dalam bidang ginekologi di The Gynae Centre London, beliau berkata;
“This discharge increases during ovulation and pregnancy due to an increase in cervical mucus. When exposed to the air, the discharge can stain underwear a mild yellow colour due to oxidation. Having bleached patches on your underwear is quite normal and generally nothing to worry about.” – Dr Alex Eskander
Jadi, jangan risau okey kerana tiada apa yang perlu dirisaukan. Keputihan adalah benda yang baik dimana cecair tersebut mampu melindungi vagina daripada jangkitan kuman. Cecair ini juga sebenarnya membantu kita membersihkan vagina supaya ia tetap bersih dan sihat serta bertindak sebagai pelincir dan melindungi vagina daripada jangkitan dan kerengsaan.
Bagaimana nak cegah dari ada dan kene kesan luntur dekat panties?
Macam yang telah diberitahu, it is not even an issue kalau ada kesan bleach kat panties. Tapi buat si peminat warna gelap, memang rimas juga kalau kesan itu tak hilang-hilang. Jadi ini antara idea yang boleh dipertimbangkan;
Idea #1
Pakai lah pantyliner sepanjang hari supaya cecair keputihan itu tidak terus ke panties.
Idea #2
Terus basuh. Jangan simpan tunggu. Just wash it off. Adios.
Idea #3
Warnakan (home-dye) kembali panties you atau pun boleh dapatkan yang baru sekiranya ada wang lebih
Akhir sekali, Idea #4
Disini lah Suci Cup bersinar. Suci Cup bukan sahaja digunakan untuk takung darah period you semasa datang bulan, tapi ia boleh juga digunakan untuk membantu you disaat you mengalami keputihan. Cecair yang keluar menerusi faraj you akan ditakung kedalam Suci Cup yang telah diposisikan dengan betul tanpa perlu risau akan sebarang kebocoran. Jadi seperti pengalaman you menggunakannnya semasa period, you akan sentiasa rasa bersih, kering dan bebas.
Penggunaan Suci Cup Semasa Keputihan Dan Adakah Solat Itu Sah?
Namun begitu, perlu juga diambil tahu sesungguhnya keputihan juga ada yang tidak normal. Jadi sekiranya ada tanda-tanda keputihan seperti dibawah, sila segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian, penjelasan dan rawatan yang lebih tepat;
- Bau yang tidak menyenangkan
- Cecair lebih kental dan melekat
- Jumlah keputihan meningkat
- Berwarna kuning, kelabu atau hijau
- Terdapat gejala gatal, ruam dan iritasi pada vagina
Till then, 끝 – N –