Kita akan menyambut  Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66 pada tanggal 31 Ogos 2023 ini. Oleh itu, Team Suci ingin berkongsi seni lukis yang memaparkan keindahan, khususnya bertemakan kisah wanita dalam pelbagai aspek. Terdapat tujuh lukisan terkenal yang memukau dari pelbagai sudut pandang. Berikut merupakan senarai lukisan terkenal di Malaysia:  

 

Lukisan Terkenal Malaysia: Keindahan Wanita Dalam Seni The Link Series, 1994 oleh Dato' Sharifah Fatimah Syed Zubir

  • The Link Series, 1994

    •  Pelukis: Dato’ Sharifah Fatimah Syed Zubir
    • Asal: Kedah, Malaysia
    • Lukisan bertajuk “The Link Series” ini menampilkan daya pusat yang membentuk ketegangan dinamik di tengah-tengah kanvas atau “isi hati perkara tersebut” dan bentuk lebar yang menarik keluar kuadran berfungsi sebagai pintu masuk dan keluar. Warna dalam karya Dato’ Sharifah Fatimah bersesuaian dengan alam semesta. Dalam petikan puisi bertajuk “Inner Space” olehnya, beliau menulis:

“Merah adalah api yang aktif dan semangat marak… seperti pancaran matahari yang menyinar di waktu pagi musim bunga. Kuning itu udara adalah bunyi sangkakala memenuhi ruang dengan gelombang yang bergetar”…”Biru adalah bumi yang sejuk dan kering seperti tali sitar yang menggema panggilan burung bulbul membawa alunan raga ke waktu malam…”

 

Lukisan Terkenal Malaysia: Keindahan Wanita Dalam Seni Market, 1996 oleh Chang Fee-Ming

  • Market, 1996

    • Pelukis: Chang Fee Ming
    • Asal: Terengganu, Malaysia
    • Lukisan ini merakamkan kehidupan pasar yang sebenarnya, tempat di mana berbagai jenis manusia datang bersama untuk mendapatkan barang-barang keperluan harian. Ini merupakan kontribusi wanita dalam menjaga kelangsungan pasar sebagai pusat ekonomi dan hubungan sosial. Lukisan ini juga mencerminkan kemampuan wanita dalam berdagang, bernegosiasi, dan berinteraksi dalam lingkungan yang sibuk seperti di pasar tradisional. Ini adalah penghormatan kepada wanita sebagai pelaku utama dalam menjaga keberlangsungan pasar sebagai simbol vitalitas masyarakat tempatan.”

 

Lukisan Terkenal Malaysia: Keindahan Wanita Dalam Seni The River Ferry, 1904-1962 oleh Abdullah Ariff

  • The River Ferry, 1904-1962 

    • Pelukis: Abdullah Ariff
    • Asal: Pulau Pinang, Malaysia
    • The River of Ferry oleh Abdullah Ariff ini memiliki elemen nostalgia, mengingatkan kita kepada keindahan desa Melayu tradisional. Kelihatan seorang tukang perahu yang bersendirian di dalam perahunya sementara sepasang pasangan, berpakaian rapi untuk acara istimewa sedang menghampiri jeti . Sebelah kanan lebih tenang dan penuh dengan dahan berdaun. Di tengah, terdapat tingkap kecil yang menampilkan pemandangan indah sawah padi, rumah kampung bertiang, pokok kelapa, dan kanak-kanak bermain. Pilihan yang tidak biasa warna ungu dan biru digunakan untuk memaparkan dedaunan di hadapan, menonjolkan kemahiran Abdullah dalam menggunakan teknik cat air.

 

Lukisan Terkenal Malaysia: Keindahan Wanita Dalam Seni Penang Beauty - Penang Hill, 2015 oleh Syed Thajudeen

  • Penang Beauty – Penang Hill, 2015

    • Pelukis: Syed Thajudeen
    • Asal: Tamil Nadu, India (Tinggal di Malaysia)
    • Lukisan Penang Beauty – Penang Hill, 2015 oleh Syed Thajudeen menggambarkan keindahan alam semulajadi di Bukit Bendera, Pulau Pinang. Melaluinya kita dapat melihat pemandangan lanskap yang menakjubkan, dengan hutan yang subur, flora yang pelbagai dan baju yang dipakai oleh wanita tersebut. Penggunaan warna-warna yang hidup memberikan lukisan ini suasana yang menyegarkan dan menenangkan. Bukit Bendera, dengan keindahannya yang menawan, telah diabadikan dengan indah. Lukisan ini juga mungkin mempunyai tujuan untuk mengingatkan kita tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan keindahan alam semulajadi, serta menghargai kekayaan alam yang ada di negara kita.

 

Lukisan Terkenal Malaysia: Keindahan Wanita Dalam Seni Siri Tari XII, 1984 oleh Yusof Ghani

 

  • Siri Tari VII, 1984

    • Pelukis: Yusof Ghani
    • Asal: Johor, Malaysia
    • Lukisan ini memperingati warisan budaya Malaysia dan peranan wanita dalam mengekalkan tradisi ini. Lukisan ini menggambarkan keanggunan dan semangat penari Mak Yong, menyumbang kepada pengiktirafan kekayaan budaya Malaysia. Mak Yong ialah seni tarian tradisional Melayu yang kebanyakannya dilakukan oleh wanita untuk istana. Ia dianggap sebagai satu pesan halus dari rakyat kepada raja. Terinspirasi oleh Mak Yong, siri Tari ini lahir dan menjadi platform seninya untuk memberi komentar sosial seperti ketidakseimbangan dalam masyarakat Malaysia, antara yang kaya dan yang miskin serta yang berkuasa dan yang tidak berkuasa.

 

Lukisan Terkenal Malaysia: Keindahan Wanita Dalam Seni Brass-ring Beauty, 2015 oleh Gabrielle Lim Mei Joo

  • Brass-ring Beauty,2015

    • Pelukis: Gabrielle Lim Mei Joo
    • Asal: Sarawak, Malaysia
    • Dengan ketelitian dan ketepatan yang ditonjolkan melalui lukisan ini, Gabrielle dapat memperlihatkan kekagumannya terhadap elemen-elemen budaya masyarakat Dayak. Bagi masyarakat Dayak, pemakaian gelang gangsa merujuk kepada konsep kecantikan, status, dan identiti budaya mereka. Status sosial dan kekayaan sesebuah keluarga juga boleh dicerminkan melalui pemakaian gelang gangsa. Semakin banyak gelang yang dipakai, semakin tinggi status sosialnya dianggap. Lukisan ini sedikit sebanyak mencerminkan masyarakat Dayak ini bangga dengan warisan budaya dan berusaha untuk memelihara adat budaya serta tradisi mereka.

 

Lukisan Terkenal Malaysia: Keindahan Wanita Dalam Seni Carrying Durians, 1991 oleh Dato' Chuah Thean Teng

  • Carrying Durian oleh Dato’ Chuah Thean Teng

    • Pelukis: Dato’ Chuah Thean Ten
    • Asal: Fujian, China
    • Carrying Durians oleh Dato’ Chuah Thean Teng menggambarkan sepasang wanita Melayu memikul bakul durian di atas kepala mereka manakala seorang ibu sedang menggendong bayi dan anak perempuannya memegang lengannya. Antara tema kegemaran Teng adalah aktiviti harian di kehidupan Tanah Melayu: wanita tempatan berpakaian kebaya dan batik, perikatan ibu dan anak; petani menuai padi, mengutip kelapa dan buah-buahan tropika seperti seperti rambutan dan durian.

 

Lukisan-lukisan ini menggariskan pelbagai aspek peranan wanita, warisan budaya, dan pengalaman individu. Ia memberikan sumbangan kepada kepelbagaian seni negara dan melibatkan penonton dalam perbincangan tentang identiti, tradisi, dan norma sosial. Lukisan-lukisan ini tidak hanya menyentuh jiwa masyarakat Malaysia, tetapi juga memperkukuhkan kesedaran akan pentingnya menghargai serta menjaga warisan seni dan budaya kita.

 

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-66, Negaraku, Malaysia. 

DISCLAIMER: Penulisan ini hanyalah amatan dari penulis sahaja dan tidak semestinya ia boleh membawa maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh pelukis terhadap lukisan mereka yang kami guna diatas. Terima kasih

======================================================================

 

Salah seorang ahli kumpulan BTS iaitu Jeon Jungkook, bukan sahaja mempunyai suara yang lunak, malahan mempunyai bakat yang serba mencakupi bidang tarian, memasak, fotografi dan juga melukis. Dilahirkan pada tanggal 1 September 1997 dan menjadi aspirasi kepada ramai peminatnya, Army di seluruh dunia. Berikut ialah lukisan yang dilukis oleh Jungkook sewaktu penggambaran In The Soop, di Chuncheon, Gangwon-do, Korea Selatan.

Lukisan Terkenal Malaysia: Keindahan Wanita Dalam Seni Jeon Jungkook of BTS In The Soop painting drawing
정국아 생일 축하해요. 행복하고 건강하세요. 곧 만나요. 아포방포

 

끝. N.

Leave a Reply

Your email address will not be published.