Pernah tak masa kita tengah layan media sosial sebelum tidur ataupun pada masa lapang, tiba-tiba kita ternampak soalan macam kat bawah ni lalu:
“Bagaimana nak buktikan kepada tunang dan family yang saya masih dara?”
Ya, soalan yang pernah tular ini pernah ditujukan oleh salah seorang pengguna aplikasi Twitter kepada salah seorang Pakar Pelatih Bedah di Bahagian Surgikal & Trauma kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri yang pada ketika ini sedang berkhidmat di sebuah hospital terkemuka di London, United Kingdom di bawah seliaan The Royal College of Surgeons of England.
DARA DAN KEPERCAYAAN KARUT
Sejak zaman-berzaman, isu yang berkaitan dengan dara sering menjadi buah mulut masyarakat bukan sahaja golongan wanita, tetapi dalam kalangan individu lelaki juga. Kesahihan dara akan dilihat dan ditentukan pada malam pertama bagi seorang wanita itu apabila bersama dengan pasangannya.
Wanita itu berdara sekiranya dia ‘berdarah’ setelah melakukan persetubuhan. Selain itu, terdapat juga kepercayaan karut dalam menilai status perawanannya seorang wanita itu. Antaranya adalah seperti dahi tidak licin, jalan mengengkang, kepala lutut hitam, punggung jatuh, dan sebagainya.
Namun, sedarkah kita akan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan dara yang sering ditekankan sekaligus menjadikan isu dara itu sebagai aset terunggul kepada seorang wanita? Adakah penanda aras yang diturunkan dari nenek moyang kita itu benar dan boleh dipercayai? Atau adakah ianya merupakan salah satu kepercayaan karut yang masih diamalkan oleh generasi era globalisasi ini?
DARA DAN SELAPUT DARA
Dalam meniti arus kemodenan, ilmu yang betul sangat diperlukan bagi mengurangkan salah faham dan lebih memahami sesuatu perkara. Bak kata peribahasa Melayu, hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai yang membawa maksud jika hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang mahir tentang sesuatu perkara. Beralih kepada topik dara, kebanyakan masyarakat menganggap selaput dara sebagai penanda fizikal kedaraan. Jadi, mari kita sama-sama belajar apa yang dimaksudkan dengan dara itu dengan lebih terperinci.
Sebagai permulaan, dara merupakan istilah kepada gadis yang belum berkahwin dan masih suci. Manakala selaput dara (hymen) ialah lapisan tisu/sel nipis yang terletak bukaan faraj. Selaput dara biasanya (tetapi tidak semestinya) menutupi sebahagian bukaan faraj, bersifat kenyal & fleksible.
Rupa bentuknya ada yang tebal, nipis, menutup penuh (Imperforated Hymen – boleh menyekat pengeluaran haid serta lendiran vagina), separa dan berlubang-lubang. Malahan, ada juga wanita yang dilahirkan tanpa selaput dara.
Selaput dara berbeza bagi setiap wanita. Ia boleh terkoyak dengan sendiri tanpa melakukan persetubuhan sekiranya seorang wanita itu melakukan aktiviti lasak ataupun terjatuh.
DARA DAN ISLAM
‘Dara’ ialah istilah yang digunapakai oleh masyarakat umum bagi anak perempuan yang belum berkahwin dan belum pernah disentuh lelaki. Keadaan ini merujuk kepada wanita yang telah hilang/koyak selaput dara pada kemaluannya disebabkan persetubuhan.
Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor (No. Daftar 141/2021), pihak tersebut ada memberi rujukan berasaskan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, dimana tafsiran anak dara ertinya apabila seorang perempuan yang belum pernah bersetubuh, sama ada sudah berkahwin atau belum. Justeru, bagi wanita yang belum berkahwin atau bersetubuh adalah dara sebagaimana maksud dalam enakmen tersebut.
Jadi, sekiranya seorang wanita itu bersukan, melakukan aktiviti lasak, memakai menstrual cup atau segala macam aktiviti yang lain sehingga menyebabkan selaput dara hilang tidaklah akan menjejaskan status dara.
Sehubungan itu, calon atau bakal suami sewajarnya tidak mempersoalkan kedaraan wanita yang ingin dikahwininya kerana masing-masing belum pernah berkahwin atau bersetubuh. Namun, jika dipersoalkan juga, ia termasuk dalam hukum qazaf yang berat. Qazaf (Qazf) dari segi bahasa bererti melontar sesuatu sama ada dengan batu atau seumpamanya. Manakala dari segi istilah syarak ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya. Sebagaimana firman Allah swt dalam Surah an-Nur ayat 4 yang bermaksud;
Sabda Rasulullah saw;
Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan”, mereka bertanya Ya Rasulullah apakah dia itu? Rasulullah menjawab: “Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang yang diharamkan Allah, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari daripada peperangan di jalan Allah, dan menuduh perempuan yang baik lagi beriman berbuat zina.”
Natijahnya, berdasarkan nas-nas diatas, jelaslah bahawa qazaf adalah antara dosa-dosa besar yang pesalahnya berhak dikenakan hukuman yang berat.
Topik mengenai dara dan menstrual cup juga pernah dibincangkan oleh salah seorang team Suci di pautan ini. Segala info yang terkandung di dalam penulisan beliau adalah berdasarkan pandangan ahli agama dari negara luar.
P/S: Team Suci akan mengupas isu mengenai selaput dara bersama dengan #tetamusuci yang tidak asing lagi iaitu, Dr. Maiza Tusimin, seorang Consultant Obstetrician & Gyneocologist di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur. Sila tekan button Sign Up untuk mendapatkan info yang lanjut mengenai isu ini. Terima kasih.
Till then, 끝 -N-
Sumber bacaan daripada:
https://reproductive-health-journal.biomedcentral.com/track/pdf/10.1186/s12978-019-0731-8.pdf
http://jksnpp.penang.gov.my/index.php/18-penerbitan-mahkamah/79-memahami-konsep-qazaf
https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/tasawwur-islam-ciri-ciri-dan-keistimewaan/
https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/wanita-lain/persoalan-masih-dara-atau-tidak/
https://www.naturalcycles.com/cyclematters/what-is-the-hymen
A well-written article, Bel! Very informative and reader-friendly too. 😃 Way to go, sis!
Thank you so much! glad that it is useful for you. do share so others can learn too!
terima kasih sebab tulis artikel ni dalam bahasa melayu! semoga usaha team suci akan membuatkan lebih ramai wanita and lelaki tempatan terdidik dalam isu haid 🙂
Hi Sue,
Terima kasih juga sbb sudi melapangkan diri membaca artikel kami. Betul tu, semoga lebih ramai wanita & lelaki tempatan terdidik dlm isu haid dan membuang segala stigma negatif terhadapnya.