Kanser selalunya dinamakan berdasarkan dari mana ia bermula pada bahagian tubuh badan atau organ tersebut. Oleh itu, Kanser ginekologi merangkumi secara keseluruhannya dari bahagian pelvis wanita, dimana ia bermula dari bahagian bawah perut dan di antara tulang pinggul.
Sempena Bulan Kesedaran Kanser Ginekologi, adalah penting untuk kita peka akan realiti betapa bahayanya penyakit yang dianggap sebagai pembunuh senyap wanita. Semua wanita yang mempunyai organ reproduktif berisiko untuk didiagnosis mempunyai di antara satu daripada lima jenis Kanser Ginekologi, tidak termasuk untuk wanita yang telah menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan rahim) dan mereka yang mempunyai risiko yang rendah.
Know your body, know the facts, know your risk.
Suci berikrar untuk memberi sumbangan sebanyak 3% dari hasil keseluruhan jualan bagi bulan September 2022 akan disalurkan kepada Majlis Kanser Negara (MAKNA)
Nor Faizah Zainal Arifin
Seuntai Kata dari Team Suci:
“Sempena Bulan Kesedaran Kanser Ginekologi September ini, Team Suci dengan kerjasama beberapa doktor pakar telah menghasilkan material bagi Kempen Kesedaran Kanser Ginekologi.
Semoga video-video pendek yang padat dengan ilmu ini dapat disebarkan seluas mungkin supaya lebih ramai wanita Malaysia peka akan simptom kanser dan terus mendapatkan ujian saringan jika perlu.
Team Suci berharap penerangan, perkongsian dan tips yang kami compile dapat sedikit-sebanyak menambah ilmu di dada rakyat Malaysia untuk lebih cakna tentang Kanser Ginekologi. Anda boleh menonton semua video di YouTube channel Suci Cup dan juga di platform sosial Suci Cup i.e. Instagram, Facebook dan TikTok. “
1 daripada 144 wanita di Malaysia menghidapi penyakit Kanser Serviks pada tahun 2012 – 2016. Pecahan mengikut bangsa adalah seperti berikut:
1 dalam 194 (Melayu)
1 dalam 129 (Cina)
1 dalam 157 (India)
15% Kanser Ovari berpunca dari genetik. Sekiranya keluarga terdekat didiagnos mempunyai Kanser Ovari sebelum berusia 50 tahun, risiko didiagnos mempunyai penyakit yang sama meningkat kepada 6-10 kali ganda
Vaksin HPV boleh mengurangkan risiko mendapat kanser pangkal rahim sehingga 70%. Ada 2 jenis vaksin pada masa ini, iaitu Gardasil dan Cervarix.
Virus Human Papillomavirus boleh menyebabkan bukan sahaja Kanser Serviks, malahan ia boleh menyebabkan kanser oral cavity, pharyngeal, vaginal, vulvar, anal and penile cancers.
PAUTAN UNTUK DIHUBUNGI
Berikut ialah pautan untuk mendapatkan khidmat bantuan samada dari agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan;
- MAKNA : https://makna.org.my/
- Institut Kanser Negara : https://nci.moh.gov.my/index.php/ms/
- Pusat Zakat : https://www.zakat.com.my/
- Tabung Bantuan Perubatan : https://msw.org.my/peranan-pksp/tabung-bantuan-perubatan-kkm/
- Jabatan Kebajikan Masyarakat : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php
- Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO) : https://www.perkeso.gov.my/
- Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 : https://protecthealth.com.my/peka-b40/